BIODATA. Nama sebenar ialah Yusoff Bin Ahmad. Lahir di Lenga, Muar, Johor, Malaysia pada tahun 1965. Pendidikan tamat sekolah menengah dalam aliran sastera. Mula merantau pada tahun 1983 dan berkerja swasta di semua Ibu Negeri di seluruh Semenanjung Malaysia hingga tahun 2003. Telah pulang dan menetap di kampung halaman di daerah Muar sampai sekarang. Mula minat menulis puisi pada tahun 1990 dan sejak 2017 menulis puisi di FB. Setakat ini, ada lima antologi bersama kumpulan dan sedang dalam peroses menunggu penerbitan sebuah antologi puisi sendiri.

PUISI

5.01. Tetap Menanti.
5.02. Mencari Sahabat.
5.03. Lorong Hutan Batu.
5.04. Tiada Apa-apa.
5.05. Palestin.
5.06. Dua Kota Raya.
5.07. Salam Merdeka.
5.08. Tanah Pusaka.
5.09. Dalam Kampung.
5.10. Tanah Jawa.

5.01.

TETAP MENANTI

Di sini….
aku masih berdiri
setiap dingin pagi
setiap panas matahari
setiap sore menanti
setiap malam termimpi.

Di sini….
aku tetap menanti
walaupun bayangmu pergi
walaupun harummu lari
walaupun tiada wajah berseri
walaupun kaulupa pada janji.

Di sini….
aku tetap menanti
walaupun cinta tiada bukti
walaupun sayangmu tak pasti
walaupun kasihmu tak suci
walaupun rindumu cuma benci
aku tetap menanti dan menanti.

Johor, Malaysia, 16.03.2019.

5.02.

MENCARI SAHABAT

Aku tak kira tempat
aku tak kira hebat
aku tak kira pangkat
aku tak kira darjat
aku tak kira kerabat
aku mencari sahabat.

Aku tak kisah penat
aku tak kisah sihat
aku tak kisah pucat
aku tak kisah terencat
aku tak kisah gawat
aku tak kisah tenat
aku mencari sahabat.

Aku mencari berkat
aku mencari kiblat
aku mencari ibadat
aku mencari solat
aku mencari akhirat
aku mencari sahabat.

Johor, Malaysia, 16.3.2019.

5.03.

LORONG HUTAN BATU

Di tengah -tengah kotaku
di tengah-tengah hutan batu
bangunan berdiri kaku bisu
bintang-bintang menjadi lampu
malam berkerdipan selalu
menyinari lorong berliku
di lorong-lorong keliru
di lorong-lorong merayu
di lorong-lorong bercelaru
di lorong-lorong yang berhantu.

Di lorong-lorong kotaku
di lorong hutan batu
aku sering khayal di situ
aku asyik tertipu
dengan janji-janji palsumu
di lorong hutan batu itu
aku tersungkur malu
rebah terkulai layu
aku terlupa asal usulku
aku tersesat di lorongmu
aku terdampar di kaki limamu
sungguh kejam kotamu.

Johor, Malaysia, 16.3.2019.

5.04.

TIADA APA-APA

Ada apa pada rupa
Ada apa pada gaya
Ada apa pada nama
Ada apa pada harta
Ada apa pada bangga
Ada apa pada jelita
Ada apa pada segak
Ada apa pada kacak
Ada apa pada jinak
Ada apa pada lasak
Ada apa pada berlagak
Ada apa pada bongkak
Ada apa pada kuat
Ada apa pada keramat
Apa ada pada semangat
Ada apa pada kerabat
Ada apa pada darjat
Apa ada pada pangkat
Apa ada pada hati
Apa ada pada suci
Apa ada pada puji
Apa ada pada saksi
Apa ada pada janji
Jika semua tak ditepati.

Johor, Malaysia, 17.3.2019.

5.05.

PALESTIN

Palestin punya tanah
Palestin tak perlu lemah
Palestin tak perlu dikerah
Palestin tak perlu diarah
Palestin tak perlu disergah
Palestin tak perlu dipindah
Palestin tak perlu mengalah.

Israel bangsa tiada maruah
Jangan pandai menjajah
Jangan pandai mengarah
Jangan pandai memerintah.

Kazaliman perlu disanggah
Kezaliman perlu dicegah
Kezaliman perlu diubah
Kezaliman perlu dipatah
Kezaliman perlu dibantah.

Israel pasti resah
Mereka pasti pecah
Mereka pasti rebah
Mereka pasti kalah
Mereka pasti musnah
Di tangan tentera Allah
Palestin pasti tabah
Palestin pasti mewah
Palestin pasti megah
Palestin pasti gagah.

Johor, Malaysia, 18.3.2019

5.06.

DUA KOTA RAYA

Ibu kotaku Kuala Lumpur
Melayu Cina India bercampur
aman damai serta makmur
tempat rezeki bertabur
kenderaan bersimpang siur
bangunan tinggi beratur
kami tetap rasa terhibur
walau ada yang menganggur
walau ada yang kebulur
walau ada yang tersungkur
kami tetap rasa bersyukur.

Jakarta ibu kota Indonesia
bangunan tinggi merata-rata
berbilang suku keturunannya
begitu padat penduduknya
kenderaan sesak di jalan raya
merakam beribu cerita
hiburan ada di mana-mana
berpesta dan berdangsa
ada miskin ada yang kaya
ada yang berjaya dan sengsara.

Dua kota raya
menjadi kebangaan kita
Kuala Lumpur dan Jakarta
Malaysia dan Indonesia
kehidupan kotanya hampir serupa
kerana kita satu rumpun bangsa.

Johor, Malaysia, 18.3.2019.

5.07.

SALAM MERDEKA

Bertahun kita telah merdeka
bersatu hati kita bersama
berganding bahu dan tenaga
berbagai suku dan bangsa
aman damai tanpa sengketa.

Salam Merdeka…
untuk anak-anak muda
yang masih lagi setia
setiap keturunan usah dihina
setiap bangsa usah didera
setiap budaya usah dicela
setiap agama usah dihina
setiap masaalah ada penyelesaiannya.

Telah bertahun kita berjaya
penjajah pun sudah tiada
tanah ini tanah kita
kita perlu mempertahankannya
untuk selam-lamanya.

Salam Merdeka.

Johor, Malaysia, 19.3.2019.

5.08.

TANAH PUSAKA

Tanah ini tanah kita
hanya sekangkang kera
peninggalan orang tua
aruah ibu dan bapa
untuk kita mengurusnya.

Tanah pusaka…
kadang-kadang menjadi punca
pertengkaran adik-beradik kita yang tamak haloba
berebutan sedikit harta
tidak berpegang jalan agama
pasti akan porak-peranda
putus saudara-mara
pasti tidak berguna.

Tanah pusaka….
cuma sekangkang kera
sepakat dan sekata
hasil kebun sama dirasa
rumah pusaka sama dijaga
tempat berhimpun hari keluarga
tempat berhimpun di Hari Raya
agar kemeriahannya tetap ada.

Johor, Malaysia, 19.3.2019.

5.09.

DALAM KAMPUNG

Duduk dalam kampung
jiran tolong –
hidup bergotong-royong
kawan tidak sombong
hidup tidak terkongkong
boleh tanam jagung
boleh tanam kangkung
boleh tanam terung
boleh cari rebung.

Duduk dalam kampung
ada parit ada lombong
ada sungai ada ikan baung
ada hutan ada gaung
ada bukit ada gunung
ada kokok ayam sabung
ada bunyi suara burung
ada monyet ada lotong
memang seronok duduk kampung.

Johor, Malaysia, 20.3.2019.

5.10.

TANAH JAWA

Aku teringin sekali ke sana
melihat bagaimana damainya
tempat lahirnya nenek moyang kita
tempat asal usul keturunan kita
di Tanah Jawa, Indonesia.

Di sana… di Tanah Jawa
pasti meriah kebudayaanya
pasti ada wayang kulitnya
pasti ada kuda kepangnya
pasti ada gendang gemplingnya
pasti ada gunung-ganangnya
yang menyimpan cerita
sejarah dan kehebatan
sembilan wali songonya
yang gagah perkasa
dengan ilmu keagamaannya.

Dari Jawa Tengah di sana
nenek moyangku ialah pengembara
sanggup bergadai nyawa
menyeberangi lautan bergelora
lalu menjadi peneroka
menebang hutan rimba
membuka kampung Jawa
di tanah semenanjung Malaya
yang masih belum merdeka
dan kini anak cucu cicitnya
dilahirkan dan dibesarkan
serta merdeka menjadi
warga Malaysia yang setia
tapi tetap keturunan Tanah Jawa.

Johor, Malaysia, 20.3.2019.

TAMAT.