PUISI (1)

11.01.

HAZIQ 17

Haziq, 17
anak kepada Tarmizi, 42
abang kepada Haris, 12.

Jumaat itu Haziq dan adik
bersama-sama bapa ke masjid
di negara asing mereka bertiga
asing kulitnya, asing agamanya
namun semuanya manusia biasa.

Haziq ke masjid, Al Noor Mosque
menunai solat mingguan yang wajib
memenuhi tuntutan, mengukuh iman.

Mereka diserang manusia binatang
ayahnya cedera, adiknya fobia
beberapa hari Haziq hilang.

Seluruh keluarga, seluruh masyarakat
dengan air mata di pipi
berdoa Haziq ditemui selamat
tetapi Haziq ditemui mati.

Peluru tembakan manusia durjana
menghantar Haziq ke bab-il-jannah.

IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 21.04.2019.

TAMAT.