5. JOLATIF

BIODATA. Johari Bin Haji Abd Latif (Jolatif) terlibat dalam bidang penulisan semenjak 1990. Beliau memerima ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sastera dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1989. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Sarjana Pendidikan Sastera (MA in Education) pada tahun 2000 di universiti tersebut. Beliau memulakan tugas di Sekolah Menengah Berakas pada tahun 1989 sebagai guru mata pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 2000, bertugas sebagai pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong. Kemudian bertugas pula di Pusat Tingkatan Enam, Katok 2009-2011. Bidang pengkhususan beliau ialah Kesusasteraan Melayu. Seterusnya beliau pindah ke Politeknik Brunei pada tahun 2012 sebagai penyelaras Modul Melayu Islam Beraja hingga bersara. Beliau juga terlibat menyumbangkan dalam bidang penulisan rencana kritikan sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, di samping menulis sajak. Buku-buku beliau yang terbit:  Kajian dan Ulasan Novel Saga Bagi Pelajar-pelajar Sijil Am Pelajaran Peringkat A dan Enrichment Module Guide Politeknik Brunei. Sepanjang berkhidmat, beliau penerima anugerah guru special mention Hari Guru pada 29 September 2016, Pingat PIKB 2007, PKL 2018, Pingat Jubli Perak 25 tahun KDYMM Sultan & Yang Di Pertuan NBD 1996, Pingat Perak Koperasi  MIPR BINA 2002.

5.01. Hperinflasi Dunia
5.02. Pusara
5.03. Dendam
5.04. Insaf
5.05. Lautan
5.06. Kota Sodom Yang Terhempas Terpulas
5.07. Awan
5.08. Pusaka Melayu
5.09. Bandarku Ceria
5.10. Terbang Pulang

5.01.
HIPERINFLASI DUNIA

Hiperinflasi 
Dunia direjah
Negara terpingga-pingga,
Nilai wang turun tak terjaga
Kemiskinan tegar tiba,
Pengangguran mega menjelma.

Hiperinflasi seperti kriminal bersenjata, merosak kebahagiaan negara. Jagat ekonomi dunia binasa. Sukar. Sesetengah negara kedai tak bermaya, sepi. Jentera tadbir kedai menggigil rasa mahu mati. Harga barangan melambung tinggi.

Hiperinflasi. 
Epidemik, 
Masyarakat telah tuli buta
Kedai tak disapa,
Rugi bermaharajalela
Penyunjung tiada,
Barangan terbiar begitu saja,
Mungkin sampah sarap akan berharga.

Februari 2019.

5.02.
PUSARA

Pusara monumen kemanusiaan,
Atas Tanah Persemadian,
Penempatan di dalam liang,
Dahulu, sekarang dan jika ada yang kemudian,
Terkumpul di hamparan tanaman batu nisan,
Seperti destinasi transisi dari kota terbuang   ke kota komospolitan,
Tidak perlu permit dipohonkan, kemasukan diizikan,
Bagi seorang satu liang,
Pasti dikunjung,
Penyunjung datang,
Saban waktu bawa aroma bungaan,
Atau mendung kesedihan,
Bagai perhiasan,
Tiada keistimewaan,
Bukan akhir kesudahan,
Bukankah hari kebangkitan itu
Sudah ditentukan.

Februari 2019.

5.03.
DENDAM

Suatu masa 
Akan ku buang dendam
Yang meratapi hati 
Waima pernah dilukaiAgar dendam bisa jadi kembojaPada suatu masa nanti

Februari 2019.

5.04.
INSAF

Biarlah sesekali hati ini luluh 
Dihempas batu
Biarlah sesekali  kesakitan memijak-ijak,
Agar  insaf.

Februari 2019.

5.05.
LAUTAN

Lautan,
Berdesir getaran ombak  berdendang,
Seluas saujana mata memandang,
Tenang kadang bimbang,
Menunggu pendatang,
Memperoleh khazanah lantas hilang,
Hari kian mendatang,
Lautan tinggal sehelai sepinggang,
Seluas  saujana terbentang.

Februari 2019.

5.06.
KOTA SODOM YANG TERHEMPAS TERPULAS
(Kota Homoseksual)

Seketika,
Wabak sumbang menjalar,
Nafsu kebinatangan ditimang-timang,
Sexsual, lebisan, homesexsual dimahkotakan,
Berlaku seperti makanan harian,
Pedoman agama terkebelakang,
Azab dijemput datang,
Ketika subuh dilabuhkan,
Bumi Sodom mengelapar bergoncang,
Suatu antakan digugurkan,
Sodom rebah terhempas terpulas,
Tenggalam,
Renap tamadun sumbang
Seiris sisa pun tiada yang  tinggal,
Kota pun hilang ,
Lautan mati terbentang,
Sebagai saksi kekuasaan tuhan,

Februari 2019.

5.07.
AWAN

Mendung masih bermaya 
Bertiup duka
Membawa berita
Terpedaya di mata
Hujan berdukacita.

Februari 2019.

5.08.
PUSAKA MELAYU

Hi remaja Melayu,
Busana cara Melayu kamu berceluru,
Sumbang di mata tamu
Sumbang memberi jemu,
Berpakaian Melayu,
Tanpa songkok Melayu
Menghina pusaka Melayu.

Hi remaja Melayu,
Berpakaian gaya Melayu,
Tanpa songkok Melayu,
Ibarat hilang irama pada lagu,
Hilanglah juga rupa Melayu,
Pupuslah pusaka Melayu.

Hi remaja Melayu, 
Pakaian busana bangsa Melayu
Indahnya tak terkata,
Hidup mati di tangan kita,

Februari 2019.

5.09.
BANDARKU CERIA

Bandarku ceria,
Lakaran momentum negara.
Melerai kisah lama,
Kisah bandarku hidup segan,
Kini hidup kembang wangi
Wajah berseri
Diwarnai pelangi senja hari,
Lagunya sumbangsih  asli.

Bandarku ceria,
Kini tiada mati,
Senyuman tertara,
Di ambang pagi,
Hanya hingga jam  10pagi

Februari 2019.

5.10.
TERBANG PULANG

Burung lelayang 
Terbang pulang,
Melayang mencari jalan,
Suram petang di jalanan
Jadi penghalang
Luka lama makin berliang.

Februari 2019.