Terima kasih kerana sudi bersama-sama kami di sini!

Sebelum 2019, GAKSA telah menerbitkan empat volum antologi puisi, seperti yang berikut:

2016 – Volum Mula: 1000 Detik Perasaan.
2017 – Volum 1: Sekoia. Volum 2: Hompimpah.
2018 – Volum 3: Kasmaran.

GAKSA merancang menerbitkan lagi antologi puisi dan antologi cerpen sepanjang Feb-Jun 2019, seperti yang berikut:

ANTOLOGI PUISI 2019

60 orang penyair. Seorang penyair 10 puisi. Enam volum (Volum 4 – Volum 9). Bayaran RM100 seorang. Jumlah buku yang diperoleh setiap orang ialah 10 naskhah. Tarikh tutup untuk mendaftar sebagai peserta ialah 1.03.2019.

B: ANTOLOGI CERPEN

10 orang peserta. Setiap peserta dihadkan kepada 10 halaman buku (3000 perkataan), dengan 1, 2, atau maksimum 3 buah cerpen. Penyertaan adalah melalui undangan pihak editorial. Kos penerbitan dan percetakan telah didermakan oleh seorang ahli. Alhamdulillah.

NOTA TAMBAHAN

🔴Buku-buku tersebut akan diterbitkan dan dicetak oleh Gaksa Enterprise, Banten,Indonesia.

SENARAI KANDUNGAN antologi ini diberikan DI SINI.

post